Nama sebenar Abu Bakar As-Siddiq adalah Abdullah Bin Qahafah. Sebelum
Islam, beliau adalah seorang saudagar yang sangat kaya serta datang dari
keluarga bangsawan yang sangat dihormati oleh masyarakat Quraisy.
Bahkan sebelum memeluk Islam, Abu Bakar telah terkenal sebagai seorang
pembesar Quraisy yang tinggi akhlaknya dan tidak pernah meminum arak
sebagaimana yang lazimnya dilakukan oleh pembesar-pembesar Quraisy yang
lain.
Dari segi umur, Abu Bakar radhiallahu'anhu adalah dua tahun lebih muda
dari Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam dan telah menjalin
persahabatan yang akrab dengan baginda Rasul lama sebelum Rasulullah
menjadi Rasul. Beliaulah tokoh sahabat besar yang dianggap paling banyak
sekali berkorban untuk menegakkan agama Islam di samping Nabi Muhammad
Shalallahu 'Alaihi Wasallam. Kerana besarnya pengorbanan beliau itulah
Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam pernah mengatakan bahawa Islam
telah tegak di atas harta Siti Khadijah radhiallahu'anha dan pengorbanan
Abu Bakar radhiallahu'anhu Adapun gelaran As-Siddiq yang diberikan
kepadanya itu adalah kerana sikapnya yang selalu membenarkan apa pun
perkataan maupun perbuatan Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wasallam.
Dalam hal ini kita petik suatu kisah seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu
Mas'ud radhiallahu'anhu yang dicenitakan sendiri kepadanya oleh Abu
Bakar, tentang bagaimana Abu Bakar memeluk agama Islam.
Kata Abu Bakar radhiallahu'anhu ketika menceritakan suatu kisah mengenai
dirinya kepada Ibnu Mas'ud, "Aku pernah mengunjungi seorang tua di
negeri Yaman. Dia rajin membaca kitab-kitab dan mengajar banyak murid.
Dia berkata kepadaku:
"Aku kira tuan datang dari Tanah Haram.
"Benar, “jawabku.
"Aku kira tuan berbangsa Quraisy?”
"Benar,” ujarku lagi.
"Dan apa yang aku lihat, tuan dari keluarga Bani Taiyim?”
"Benarlah begitu,” tambahku selanjutnya.
Orang tua itu terus menyambung, katanya, "Ada satu lagi hal yang hendak
aku tanyakan dari tuan, yaitu tentang diri tuan sendiri. Apakah tak
keberatan jika aku lihat perutmu?
Maka pada ketika itu aku pun berkata, "Aku keberatan hendak
memperlihatkan selagi tuan tidak nyatakan kepadaku perkara yang
sebenarnya.
Maka ujar orang tua itu, "Aku sebenarnya melihat dalam ilmuku yang benar
bahawa seorang Nabi Allah akan diutus di Tanah Haram. Nabi itu akan
dibantu oleh dua orang sahabatnya, yang seorang masih muda dan seorang
lagi sudah separoh umur. Sahabatnya yang muda itu berani berjuang dalam
segenap hati dan menjadi pelindungnya dalam kesusahan. Sementara yang
separoh umur itu putih kulitnya dan berbadan kurus, ada tahi lalat di
perutnya dan ada suatu tanda di paha kirinya. Apalah salahnya kalau tuan
perlihatkan kepadaku.
Maka sesudah dia berkata itu aku pun membuka pakaianku lalu orang tua
itu pun melihatlah tahi lalat hitam di atas bahagian pusatku seraya
berkata, "Demi Tuhan yang menguasai Kaabah, tuanlah orangnya itu!
Kemudian orang tua itu pun memberi sedikit nasihat kepadaku. Aku tinggal
di Yaman untuk beberapa waktu kenana mengurusi perniagaanku dan sebelum
meninggalkan negeri itu aku sekali lagi pergi menemui orang tua
tersebut untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Kemudian dia lalu
bertanya, "Bolehkah tuan menyampaikan beberapa rangkap syairku?
"Boleh sahaja, “jawabku.
Setelah itu aku pun membawa pulang syair-syair itu ke Mekah. Setibanya
aku di Mekah, para pemuda bergegas datang menemuiku seraya berkata,
"Adakah engkau tahu yang sudah terjadi? Maka ujarku pula, "Apakah yang
terjadi itu?
Jawab mereka, "Si yatim Abu Talib kini mengaku menjadi Nabi! Kalaulah
tidak mengingat engkau hai Abu Bakar, sudah lama kami selesaikan dia.
Engkaulah satu-satunya yang kami harapkan untuk menyelesaikannya.
Kemudian aku pun meminta mereka pulang dahulu sementara aku sendiri
pergi menemui Muhammad. Setelah menemuinya aku pun mengatakan, "Wahai
Muhammad, kau telah mencemarkan kedudukan keluargamu dan aku mendapat
kabar bahwa kau terang-terang telah menyeleweng dari kepercayaan nenek
moyang kita.
Maka ujar baginda, "Bahwa aku adalah Pesuruh Allah yang diutuskan untukmu dan untuk sekalian ummat!
Aku pun betanya kepada baginda, "Apa buktinya?
Jawabnya, "Orang tua yang engkau temui di Yaman tempo hari.
Aku menambah lagi, "Orang tua yang mana satukah yang kau maksudkan karena banyak orang tua yang aku temui di Yaman itu?
Baginda menyambung, "Orang tua yang mengirimkan untaian syair kepadamu!
Aku terkejut mendengarkannya lalu bertanya, "Siapakah yang telah memberitahumu, wahai sahabatku?
Maka ujar baginda, "Malaikat yang pernah menemui Nabi-nabi sebelumku.
Akhirnya aku berkata, "Ulurkanlah tanganmu, bahwa dengan sesungguhnya
aku bersaksi tiada Tuhan yang kusembah melainkan Allah, dan dirimu
(Muhammad) sebenarnya Pesuruh Allah.
Demikianlah kisah indah yang meriwayatkan bagaimana Islamnya Abu Bakar.
Dan memanglah menurut riwayat beliau merupakan lelaki yang pertama yang
beriman kepada Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam
Keislaman Saiyidina Abu Bakan As-Siddiq R.A. telah membawa penganuh
besar di kalangan kaum bangsawan Quraisy kerana dari pengaruh
keislamannya itulah maka beberapa orang pemuda bangsawan Quraisy seperti
Saiyidina Uthman Bin Affan, Abdul Rahman Bin Auf, dan Saad Bin Waqqas
menuruti jejak langkahnya. Semenjak beliau memeluk Islam, Saiyidina Abu
Bakan R.A. telah menjadi pembela Islam yang paling utama serta seorang
sahabat yang paling akrab serta paling dicintai oleh Rasulullah
Shalallahu 'Alaihi Wasallam Sebagai memperlihatkan kecintaan baginda
terhadap Saiyidina Abu Bakar R.A., dapat kita ketahui dan satu dialog
yang terjadi antara baginda Rasul dengan Amru Bin Al As. Amru seorang
sahabat Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam pernah suatu hari
menanyakan Rasul, "Siapakah di antara manusia yang paling tuan sayangi?
Baginda menjawab, "Siti Aisyah, dan kalau laki-laki adalah bapanya.
Selain daripada itu Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A. adalah seonang
sahabat yang terkenal kerana keteguhan imannya, cendas akal, tinggi
akhlak, lemah lembut dan penyantun. Rasulullah S.A.W. pernah menyanjungi
sahabatnya itu dengan sabdanya, "Jika ditimbang iman Abu Bakar
As-Siddiq dengan iman sekelian ummat maka berat lagi iman Abu Bakar.
Demikian teguhnya iman Saiyidina Abu Bakar R.A. demi apakala kita
memperhatikan pengertian yang terkandung pada sabda Rasulullah
Shalallahu 'Alaihi Wasallam mengenai dirinya itu. Gelaran AlSiddiq yang
dibenikan orang terhadap diri Saiyidina Abu Bakar R.A. adalah lantaran
memandang sikap serta pendiriannya yang teguh dalam membenarkan serta
membela diri Rasulullah S.A.W. Andainya sekelian ummat manusia akan
mendustakan Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wasallam Abu Bakar R.A. akan
pasti pula tampil dengan penuh keyakinan untuk membelanya.
Tidak beberapa lama setelah memeluk agama Islam, Saiyidina Abu Bakar
yang terkenal sebagai saudagar yang kaya itu telah meninggalkan
perdagangannya dan meninggalkan semua usaha peribadi lain-lainnya lalu
menyerahkan segenap kekayaan dan jiwa raganya untuk melakukan penjuangan
menegakkan Islam bersama Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi
Wasallamsehingga oleh kerana kegiatannya maka Agama Islam mendapat
kemegahan dengan Islamnya beberapa pemuda Quraisy yang lain seperti yang
telah disebutkan itu. Beliau telah mengorbankan seluruh hanta bendanya
untuk menebus orang-orang yang ditawan, orang-orang yang ditangkap atau
disiksa. Selain danpada itu beliau juga telah membeli hamba-hamba yang
kemudian dimerdekakannya. Salah seorang hamba yang dibelinya lalu
kemudian dibebaskan yang paling terkenal dalam sejarah ialah Bilal Bin
Rabah.
Tatkala Nabi Muhammad selesai melakukan Isra' dan Mikraj segolongan
orang yang kurang mempercayai apa yang telah dikhabarkan Rasulullah
Shalallahu 'Alaihi Wasallamtelah pergi menemui Saiyidina Abu Bakan R.A.
untuk mendengarkan apa pendapatnya tentang dakwaan Muhammad S.A.W. itu.
Tujuan kedatangan mereka mendapatkan Abu Bakar R.A. tidak lain dengan
prasangka tentunya Abu Bakar R.A. kali ini akan mendustakan kisah yang
tidak masuk akal pada fikiran mereka itu. Setelah pertanyaan itu
disampaikan kepada Abu Bakar R.A. lalu beliau pun berkata, "Adakah
Muhammad berkata begitu? Sahut mereka, "Benar! Maka ujar Saiyidina Abu
Bakar R.A. "Jika Muhammad berkata begitu maka sungguh benarlah apa yang
diceritakan itu. Lalu mereka pun terus menyambung, "Engkau percaya hai
Abu Bakar bahawa Muhammad sampai ke tanah Syam lebih sebulan perjalanan
pulang, di malam semalam tadi? Maka sahut Abu Bakar sungguh-sungguh,
"Benar! Aku percaya! Malah lebih dari itu aku percaya kepadanya. Aku
percaya akan berita dari langit yg diberitakannya baik pada waktu siang
mahupun di waktu malam! Demikian hebatnya sambutan sahabat yang paling
utama itu. Kerana tegas dan teguhnya iman beliau terhadap agama yang
dibawa oleh Muhammad dan terhadap apa yang dikhabarkan oleh baginda maka
beliau telah diberi oleh Rasulullah S.A.W. dengan gelaran As-Siddiq,
entinya yang benar.
Dan memanglah tidak menghairankan sekali sikap Abu Bakar itu. Beliau
telah kenal akan Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wasallam bukan sehari dua,
melainkan sudah boleh dikatakan seumur manusia. Beliau tahu bahawa
sahabatnya itu berkata benar, tak pernah bohong; orang amin. Mustahil
baginda akan khianat kepada pengikutnya yang pencaya kepadanya. Beliau
mengimani sahabatnya itu Pesuruh Allah Yang Maha Kuasa, menerima wahyu
danipada Tuhannya. Beliau sudah bertahun-tahun mengikutkan petunjuk yang
diwahyukan oleh Allah kepada sahabatnya itu maka telah teguhlah iman
dalam hatinya.
Tatkala keadaan kekejaman orang-orang musynikin Quraisy terhadap kaum
Muslimin yang sedikit jumlahnya di Mekah semakin hebat dan membahayakan,
Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wasallam telah mengadakan
permusyuaratan di rumah Saiyidina Abu Bakar R.A. untuk mencari jalan
keluar daripada kesulitan yang sedang dihadapi oleh pihak kaum Muslimin.
Ketika itulah Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam menjelaskan kepada
Saiyidina Abu Bakar R.A. bahawa Allah S.W.T. telah memerintahkan
baginda supaya melakukan hijrah ke Madinah serta meminta Saiyidina Abu
Bakar R.A. supaya menemaninya dalam peristiwa hijrah tersebut. Dengan
perasaan gembira tanpa sedikit kebimbanganpun Saiyidina Abu Bakar R.A.
menyambut permintaan Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam
Dari pintu belakang rumah Saiyidina Abu Bakar R.A. Rasulullah Shalallahu
'Alaihi Wasallam bersama-sama Saiyidina Abu Bakar menuju ke Gunung
Tsaur dan bersembunyi di gua yang diberi nama Gua Tsaur. Pada saat
suasana amat kritis, Saiyidina Abu Bakar R.A. diserang rasa kegelisahan
dan cemas kerana khuatir kalau-kalau musuh dapat mengetahui di mana
Rasulullah sedang bensembunyi, maka pada saat itu turun ayat suci Al
Quran dari Surah Taubah yang isinya memuji Saiyidina Abu Bakar
As-Siddiq, sebagai orang kedua sesudah Nabi Shalallahu 'Alaihi Wasallam
dalam Gua Tsaur. Dalam pada itu Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam
pun mengerti akan situasi dan kegelisahan sahabatnya itu yang oleh
kerananya Rasul berkata, "Apakah yang menggelisahkanmu, bukankah Allah
menemani kita?
Kemudian Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam, diriwayatkan berkata
selanjutnya untuk menghilangkan kebimbangan Saiyidina Abu Bakar,
"Kiranya mereka masuk juga ke dalam gua ini kita masih dapat melepaskan
diri dari pintu belakang itu, ujar Rasul sambil menunjukkan ke belakang
mereka. Saiyidina Abu Bakar R.A. pun menoleh ke belakang. Betapa
terkejutnya beliau bila dilihatnya pintu belakang yang ditunjuk oleh
Rasul itu, padahal pintu tersebut tadinya tidak ada sama sekali.
Sebenarnya kebimbangan Abu Bakar R.A. tatkala di dalam gua itu bukanlah
kerana takutkan nyawanya akan diragut oleh pihak musuh tetapi yang lebih
dibimbangkannya ialah keselamatan jiwa baginda Rasul. Beliau pernah
berkata, "Yang saya bimbangkan bukanlah mengenai diri saya sendiri,
kalau saya terbunuh, yang tewas hanyalah seorang manusia biasa. Tapi
andaikata tuan sendiri dapat dibunuhnya maka yang akan hancur ialah satu
cita-cita yang suci murni. Yang akan runtuh ialah keadilan dan yang
akan tegak pula ialah kezaliman.
Ucapan antara dua orang sahabat tatkala dalam gua itu ada tersebut dalam
Al Quran dalam Surah At-Taubah ayat 40: "Kalau kamu tidak menolongnya
(Muhammad) ketika dia diusir oleh orang-orang kafir (dan kampung
halamannya), dalam keadaan berdua orang sahaja di dalam suatu gua, Di
kala itu dia (Muhammad) berkata kepada sahabat karibnya (Abu Bakar):
Jangan engkau berdukacita; sesungguhnya Tuhan bersama kita. Tuhan
menurunkan ketenanganNya kepadanya, dan dikuatkannya dengan tentera yang
tidak kamu lihat. Dan Tuhan menjadikan perkataan orang yang kafir itu
paling rendah dan perkataan Tuhan itu yang amat tinggi. Dan Tuhan Maha
Kuasa dan Bijaksana.
Demikian satu lagi keistimewaan Saiyidina Abu Bakar AL Siddiq sebagai
seorang sahabat yang sama-sama mengalami kesukaran dan kepahitan
bersama-sama Rasulullah dalam menyampaikan seruan Islam. Saiyidina Abu
Bakar R.A. tidak bercerai jauh dengan baginda Rasul sepanjang hidupnya
dan menyertai semua peperangan yang dihadapi oleh baginda. Beliau bukan
sahaja berjuang menegakkan Agama Islam dengan segenap jiwa raganya
bahkan juga dengan harta kekayaannya. Sungguh beliaulah yang paling
banyak sekali berkorban harta untuk menegakkan Agama Islam. Bahkan
seluruh kekayaannya telah habis dipergunakannya untuk kepentingan
penjuangan menegakkan kalimah Allah. Di kalangan para sahabat beliaulah
tergolong orang yang paling murah hati dan dermawan sekali.
Dalam Perang Tabuk misalnya, Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam
telah meminta kepada sekelian kaum Muslimin agar mengorbankan hartanya
pada jalan Allah. Tiba-tiba datanglah Saiyidina Abu Bakar R.A. membawa
seluruh harta bendanya lalu meletakkannya di antara dua tangan baginda
Rasul. Melihat banyaknya harta yang dibawa oleh Saiyidina Abu Bakar
R.A., bagi tujuan jihad itu maka Rasulullah S.A.W. menjadi terkejut lalu
berkata kepadanya:
"Hal sahabatku yang budiman, kalau sudah semua harta bendamu kau
korbankan apa lagi yang akan engkau tinggalkan buat anak-anak dan
isterimu?
Pertanyaan Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam itu dijawab oleh
Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq dengan tenang sambil tersenyum, ujarnya.
"Saya tinggalkan buat mereka Allah dan RasulNya.
Demikianlah kehebatan jiwa Saiyidina Abu Bakar AlSiddiq, suatu contoh
kemurahan hati yang memang tidak dijumpai bandingannya di dunia.
Memandangkan besarnya pengorbanan beliau terhadap Islam maka wajarlah
kalau Rasulullah bersabda bahawa tegaknya Agama Islam itu adalah
lantaran hanta benda Siti Khadijah dan juga Saiyidina Abu Bakar
As-Siddiq. Tepatlah juga tatkala baginda bersabda bahawa kiranya iman
seluruh ummat ditimbang bersama iman Saiyidina Abu Bakar R.A. maka berat
lagi iman Saiyidina Abu Bakar R.A. Beliau memang manusia luar biasa
kebesarannya yang telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T. untuk menjadi
teman akrab Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam
Pada suatu ketika di saat Rasulullah membaca khutbah yang antara lain
menyatakan bahawa kepada seseorang hamba Allah ditawarkan untuk memilih
dunia dan memilih ganjaran yang tersedia di sisi Allah, dan hamba Allah
tersebut tidak akan memilih dunia, melainkan memilih apa yang tersedia
di sisi Tuhan... Maka ketika meƱdengar khutbah Nabi demikian itu
Saiyidina Abu Bakar R.A. lalu menangis tersedu-sedu, kenana sedih dan
terharu sebab beliau mendengar dan mengerti bahawa yang dimaksud dalam
isi khutbah tersebut ialah bahawa umur kehidupan Rasul di dunia ini
sudah hampir berakhir. Demikian kelebihan Saiyidina Abu Bakar R.A. di-
banding dengan para sahabat yang lain kerana beliaulah yang mengetahui
bahawa umur Rasul hampir dekat.
Keunggulan beliau dapat dilihat dengan jelas selepas wafatnya Rasulullah
S.A.W. di kala mana ummat Islam hampir-hampir menjadi panik serta tidak
percaya kepada kewafatannya. Bahkan sahabat besar Saiyidina Umar Al
Khattab sendiri telah diselubungi kekacauan fikiran dan tampil ke muka
umum sambil mencabar dan mengugut sesiapa sahaja yang berani mengatakan
baginda telah wafat. Ujar Umar r.a., "Rasulullah tidak wafat, dia hanya
pergi menghadap Allah sahaja seperti perginya Nabi Musa yang telah
menghilangkan diri dan kaumnya selama empat puluh hari, kemudian pulang
semula kepada kaumnya setelah diheboh-hebohkan wafatnya.
Ketika kegawatan itu berlaku Saiyidina Abu Bakar sedang berada di suatu
kampung Al-Sunnah. Tatkala berita kewafatan Rasulullah itu sampai
kepadanya, beliau dengan segera menuju ke Madinah. Di sana beliau dapati
ramai orang sedang benkumpul mendengarkan pidato Saiyidina Umar Al
Khattab tadi. Tanpa lengah-lengah lagi Saiyidina Abu Bakar terus ke
rumah puterinya Siti Aisyah dan di sanalah beliau dapati tubuh
Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam terbujur di satu sudut rumah.
Beliau lantas membuka wajah Rasulullah dan mengucupkannya, sambil
benkata, "Wahai, betapa cantiknya engkau ketika hidup dan betapa
cantiknya engkau ketika mati! Kemudian beliau pun keluar mendapatkan
orang ramai yang sedang dalam panik itu lalu berkata dengan nada yang
keras:
"Wahai kaum Muslimin! Barang siapa yang menyembah Muhammad, maka
Muhammad telah mati. Tetapi barang siapa yang menyembah Allah maka Allah
selama-lamanya hidup tidak mati. Seraya menyambung membacakan sepotong
ayat dari Al Qur'an:
"Muhammad itu tidak lebih dari seorang rasul seperti rasul-rasul yang
terdahulu darinya. Jika ia mati atau terbunuh patutkah kamu berundur ke
belakang. Sesiapa yang surut ke belakang, dia tidak akan membahayai
Allah sedikit pun dan sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran kepada
orang-orang yang bersyukur.
Sejurus sahaja mendengar ayat itu, Saiyidina Umar Al Khattab pun terus
rebah hingga barulah beliau dan orang ramai Islam yang telah mendengar
pidatonya tadi mendapat kepastian bahawa Rasulullah sudah wafat. Kaum
Muslimin tentunya telah pernah dengar ayat ini sebelumnya, kerana ayat
itu telah turun semasa peperangan Uhud, ketika Rasulullah S.A.W. telah
diberitakan mati terkorban dan menyebabkan banyak pejuang-pejuang Islam
berundur ke Madinah. Tetapi mereka tidaklah memahami maksud ayat ini
seperti yang difahami oleh Saiyidina Abu Bakar R.A. Ini jelas
membuktikan kecerdasan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq dalam memahami
Islam.
Ketika Rasulullah S.A.W. wafat, baginda memang tidak meninggalkan pesan
tentang siapa yang patut menggantikan baginda sebagai Khalifah ummat
Islam. Tetapi setelah lama berbincang kaum Muslimin dengan suara ramai
memilih Saiydina Abu Bakar As-Siddiq sebagai Khalifah setelah namanya
itu dicalunkan oleh Saiyidina Umar Ibnul Khattab R.A. Pemilihan ini
tentulah tepat sekali kerana pada pandangan kaum Muslimin memang
beliaulah yang paling layak sekali memegang kedudukan itu memandangkan
kelebihan-kelebihannya dari para sahabat yang lain. Apatah lagi
beliaulah yang pernah ditunjuk oleh baginda Rasul semasa hayatnya untuk
menggantikan baginda sebagai imam sembahyang tatkala baginda sedang
uzur.
Setelah dipilih oleh sebahagian besar ummat ketika itu Saiyidina Abu
Bakar As-Siddiq pun memberikan ucapannya yang terkenal yang antara
lainnya baginda berkata:
"Wahai
sekelian ummat! Aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu padahal aku ini
bukanlah orang yang terbaik di antara kamu. Sebab itu jika
pemerintahanku baik, maka sokonglah, tetapi jika tiada baik, maka
perbaikilah. Orang yang lemah di antara kamu adalah kuat pada sisiku
hingga aku harus menolongnya mendapatkan haknya, sedang orang yang kuat
di antara kamu adalah lemah pada sisiku, hingga aku harus mengambil hak
orang lain yang berada di sisi nya, untuk dikembalikan kepada yang
berhak semula. Patuhilah kepadaku selama aku patuh kepada Allah dan
RasulNya. Akan tetapi jika aku mendurhakai Allah, maka kamu sekelian tak
harus lagi patuh kepadaku.
Aku dipilih untuk memimpin urusan ini padahal aku enggan menerimanya.
Demi Allah aku ingin benar kalau ada di antaramu orang yang cekap untuk
urusan ini. Ketahuilah jika kamu meminta kepadaku agar aku berbuat
sebagai yang telah dilakukan oleh Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam
sungguh aku tidak dapat memperkenankannya, Rasulullah adalah seorang
hamba Allah yang dapat kurnia wahyu dari Tuhan, kerana itu baginda
terpelihara dari kesalahan-kesalahan, sedang aku ini hanyalah manusia
biasa yang tidak ada kelebihannya dari seorangpun juga di antara kamu.
Ini adalah satu pembaharuan dalam pemerintahan yang belum pernah
dikenali oleh rakyat jelata kerajaan Rome dan Parsi yang memerintah
dunia barat dan timur ketika itu. Baginda telah mematuhi manifesto
politiknya. Baginda hidup seperti rakyat biasa dan sangat tidak suka
didewa-dewakan. Adalah diriwayatkan bahawa pada satu masa ada orang
memanggilnya, "Ya Khalifah Allah! Baginda dengan segera memintas cakap
orang itu dengan katanya:
"Saya bukan Khalifah Allah, saya hanya Khalifah RasulNya!
Adalah diriwayatkan bahawa pada keesokan harinya iaitu sehari setelah
baginda terpilih sebagai Khalifah, Saiyidina Abu Bakar R.A. kelihatan
membawa barang perniagaannya ke pasar. Beberapa orang yang melihat itu
lalu mendekati baginda, di antaranya Abu Ubaidah Bin Janrah. Sahabat
besar itu mendekati baginda seraya berkata, "Urusan Khalifah itu tidak
boleh dicampuri dengan berniaga! Lalu Abu Bakar R.A. bertanya, "Jadi
dengan apakah aku hidup, dan bagaimana aku membelanjai rumah tanggaku?
Demikian sedihnya nasib yang menimpa Saiyidina Abu Bakar R.A. sebab
walaupun kedudukannya sebagai Kepala Negara namun belum ada lagi
ketetapan untuk bagi seseorang kepala pemenintah Islam memperolehi gaji
dari harta kerajaan.
Keadaan ini mendapat perhatian dari para sahabat lalu mereka menentukan
tunjangan secukupnya buat baginda dan buat keluarga baginda yang diambil
dari Baitul Mal. Kemudian itu baharulah Khalifah Abu Bakar meninggalkan
usaha perniagaannya kerana hendak memusatkan seluruh tenaganya untuk
mengembangkan agama Islam dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai
seorang Khalifah. Semasa hertugas sebagai Khalifah ummat Islam baginda
hanya menerima peruntukan sebanyak enam ribu dirham sahaja setahun iaitu
kira-kira lebih kurang 1,200 dolar sahaja setahun. Peruntukan itu tidak
dibelanjakannya untuk keperluan dirinya malahan sebelum wafatnya
baginda telah memerntahkan supaya pendapatannya itu diserahkan kembali
kepada Baitul Mal.
Kebijaksanaan Abu Bakar R.A. juga ternyata dalam polisinya menyamakan
pemberian elaun kepada orang-orang yang berhak agar mereka tidak
dipisahkan oleh jurang-jurang perbezaan yang jauh agar tidak lahir satu
golongan yang mendapat kedudukan yang lebih istimewa dan
golongan-golongan yang lain. Sedangkan baginda sendiri hanya mengambil
sekadar keperluan-keperluan asasi buat diri dan keluarganya.
Sebelum baginda wafat, kepada Saiyidina Umar Al Khattab baginda telah
mewasiatkan agar jangan menghiraukan jenazahnya nanti bila baginda
pulang ke rahmatullah, melainkan haruslah dia segera mengirim bala
tentera ke Iraq untuk membantu Al Muthanna yang sedang bertempur di Iraq
itu. Saiyidina Abu Bakar R.A. tidak lupa mengingatkan Saiyidina Umar
R.A. apa yang dikerjakannya di waktu Rasulullah wafat dan bagaimana
cintanya kepada Rasul dan perhatiannya kepada jenazah baginda yang suci
itu tidak mengabaikannya dan melaksanakan kewajipan biarpun yang
demikian itu amat berat bagi jiwanya. Dengarlah antara lain kata-katanya
kepada Umar Ibnul Khattab R.A.:
"Dengarlah hai Umar! Apa yang akan kukatakan ini dan laksanakanlah. Aku
mengharap akan kembali ke hadrat Allah hari ini sebab itu sebelum
matahari terbit pada esok hari engkau hendaknya telah mengirim bala
hantuan kepada Al Muthanna. Janganlah hendaknya sesuatu bencana
bagaimana pun besarnya dapat melupakan kamu dan urusan agama dan wasiat
Tuhan. Engkau telah melihat apa yang telah ku lakukan tatkala Rasulullah
wafat sedang wafatnya Rasulullah itu adalah satu bencana yang belum
pernah manusia ditimpa bencana yang sebesar itu. Demi Allah, andaikata
di waktu itu aku melalaikan perintah Allah dan RasulNya, tentu kita
telah jatuh dan mendapat siksaan Allah, dan pasti pula kota Madinah ini
telah jadi lautan api.
Dalam masa pemerintahannya yang singkat Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq
yang memerintah hanya dalam masa dua tahun sahaja itu telah meletakkan
asas pembangunan sebuah pemenintahan Islam yang teguh dan kuat setelah
berjaya mengatasi berbagai macam masalah dalam negeri dengan segala
kebijaksanaan dan kewibawaannya. Baginda telah memenuhi segenap
janji-janjinya dan dalam masa dua tahun pemerintahannya itu telah
terbentuk rantai sejarah Islam yang merupakan lembaran-lembaran yang
abadi.
Sungguh kehidupan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq adalah penuh dengan
nasihat, penuh dengan ajaran serta kenang-kenangan yang indah mulia.
Selama dua tahun pemerintahannya itu baginda telah berjaya menyusun
tiang-tiang pokok dan kekuatan Islam. Baginda telah membangunkan
kekuatan-kekuatan yang penting bagi memelihara kepercayaan kaum Muslimin
dan bagi memelihara keagungan Agama Islam. Bahkan baginda telah
mengakhiri riwayat pemerintahan yang dipimpinnya dengan menundukkan
sebahagian daripada negeri Syam dan sebahagian daripada negeri Iraq,
lalu pulang ke rahmatullah dengan dada yang lapang, ketika umur baginda
menginjak 63 tahun. Baginda dikebumikan di samping makam Rasulullah
S.A.W. di Masjid Madinah. Semoga riwayat serta penjuangan baginda
menjadi contoh ibadat yang murni bagi sekelian kaum Muslimin
Tidak ada komentar:
Posting Komentar